sjkwahman.zoom-a.com

R  I  M  U  P


RIMUP ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. Ia bertujuan bagi melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai.

RIMUP memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran dapat berintegrasi dengan aktifnya dan positifnya. Sebanyak RM1500.00 diperuntukkan bagi setiap sekolah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

SJK Wah Man dipasangkan dengan SK Abang Haji Matahir dalam program tersebut sejak 2007. Beberapa aktiviti telah dijalankan dengan jayanya mahupun menjaringkan hubungan antara cikgu ataupun murid. Anataranya adalah Perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan Perayaan Hari Guru.

Aktiviti-aktivit RIMUP yang telah dijalankan

2011: Sambutan Tahun Baharu Cina (Prg. Integrasi)

2010: Sambutan Hari Raya

Sukaneka 2009

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2008 

Sambutan Hari Guru 2008

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: