sjkwahman.zoom-a.com

Sambutan Tahun Baru Cina

 

Rakan RIMUP kami, SK Abang Haji Matahir bersama-sama meraikan Perayaan Tahun Baru Cina dengan semua warga pendidik SJK Wah Man pada jam 3.00 petang, 13 Februari 2008 di Hotel Payang Puri.

 

Dalam majlis tersebut Tuan PPG, Encik Mohammad Kasim juga dijemput hadir. Namun, Encik Kamarul Zaman mewakili Tuan PPG, kerana beliau diikat dalam Upacara Pembukaan Kejohanan Olahraga pada waktu yang sama.

 

Dalam ucapan alu-aluan Guru Besar SJK Wah Man, beliau mengalu-alukan kedatangan para warga pendidik SK Abang Haji Matahir. Encik Ismawi Kipli mewakili Guru Besarnya yang menghadiri kursus.

 

Dalam ucapan beliau, Encik Kamarul Zaman memuji initiatif kami walaupun tanpa peruntukan. Beliau menyetujui program RIGUP mendahului program RIMUP. Beliau berpendapat sekolah-sekolah dalam program RIMUP sekurang-kurangnya dipasangkan 4 hingga 5 tahun. Jika tempohnya terlalu pendek, kata beliau belum lagi kenal, mana lagi cinta.

 

Guru-guru SJK Wah Man mempersembahkan dua buah lagu Tahun Baru Cina. Guru-guru dari SK Abang Haji Matahir juga menghiburkan kami dengan lagu inggeris dan melayu.

 

Makanan  dan minuman dihidangkan. Majlis tersebut ditangguh pada jam 5.00 petang.

 

Foto-Foto Menarik 

RIMUP 1

RIMUP 2

RIMUP 3

RIMUP 4

RIMUP 5


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: