|
||||||||||
Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan Apabila saya ternampak luka di kaki saya, saya akan teringat satu peristiwa. Peristiwa itu ialah peristiwa yang tidak dapat saya lupakan.
Peristiwa itu berlaku semasa saya berusia lapan tahun. Pada hari itu, saya bermain bersendirian di
Saya berasa seronok apabila balingan saya terkena pada sasaran. Pada masa itu, emak dan bapa anjing itu datang. Saya pun terperanjat, saya pun terjun dari tempat tinggi itu lalu membuka langkah seribu. Saya berlari sekuat-kuat hati tetapi bapa anjing itu tetap mengejar saya.
Semasa saya berlari, saya telah terjatuh. Bapa anjing itu telah menggigit saya. “Aduh, sakitnya!”aku menjerit sekuat-kuat hati tetapi anjing itu tidak melepaskan saya. Saya berasa sangat sakit lalu pengsan.
Semasa saya membuka mata, saya ternampak baju saya berwarna putih, begitu juga warna bilik itu. Saya ternampak ibu bapa saya ada di sisi saya.
Rupa-rupanya saya berada di dalam hospital kerana digigit oleh anjing sehingga cedera parah. Seorang pemuda yang baik hati ternampak saya terbaring di atas jalan. Dia telah menghantar saya ke hospital lalu menghubungi ibu saya.
Saya tinggal di hospital selama beberapa bulan barulah saya dibenarkan untuk keluar. Saya mahu berterima kasih kepada pemuda yang telah menyelamatkan aku.
Sejak peristiwa hari itu, saya tidak nakal lagi. Itulah peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Calvin Kong Tahun 5
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |