|
||||||||||
Sejarah Sekolah Pada awal tahun 1950an, penduduk-penduduk di kampung Sg. Meruton menginginkan sebuah tempat khas yang boleh memberi pendidikan formal kepada anak-anak mereka. Maka mereka memohon kepada Jabatan Pendidikan Sarawak untuk menubuhkan sebuah sekolah di kampung itu. Dengan itu SRB WAH MAN (
Sejak itu ramai anak-anak Sg. Meruton menerima pendidikan formal daripada sekolah ini. Akan tetapi pada awal tahun 1990an, ramai penduduk Sg. Meruton telah pindah ke Bandar atau tempat lain. Maka bilangan pelajar semakin kurang sehingga tinggal 5 orang pada penghujung 1994. Ini bermaksud sekolah ini akan dipaksa tutup.
Sebelum perkara itu berlaku, penduduk-penduduk Sg. Meruton memohon kepada Jabatan Pendidikan Sarawak agar alamat sekolah ini dipindah ke bandar supaya ia boleh terus mendidik orang ramai. Dengan itu, atas persetujuan Jabatan Pendidikan Sarawak, sekolah ini telah dipindah ke kawasan Su Mee, KM3, Jalan Repok, Sarikei. Kelas (dua kelas tahun satu) pun bermula di alamat baru pada 01.12.1994. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Wong Kung Kiang. Kini, ia ada 15 orang guru, 2 orang kakitangan bukan guru dan seramai 223 orang murid. (6 buah kelas)
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |