sjkwahman.zoom-a.com

Perkembangan SJK Wah Man

 

2003

  • Pagar dan pintu pagar dibina.

  • Bilik komputer dibina, dan kelas computer diswastakan dengan Syarikat DynaBook

 

2004

  • Tempat letak kereta ditambah luas supaya dapat muat 13 kereta.

  • Setiap kelas ditambah dua “power point” di belakang bilik bagi kipas berkaki.

  • Siap kelas ditambah dua lampu fluoresen termasuk bilik guru guru dan perpustakaan supaya tidak gelap pada hari mendung dan hari hujan.

  • Dua penghawa dingin dipasang di bilik APD1 dan bilik APD2.

  • Dawai-dawai elektrik di bilik computer dan Blok C dibetulkan supaya selamat. 

  • “Retaining wall” dibina untuk mengelakkan runtuhan tanah pada Blok C.

  • Lubang besar di gelangang Bola Keranjang ditutup dengan tanah dan diratakan dengan simen untuk mengelakkan kemalangan semasa aktiviti luar bilik darjah.

 

2005

  • “Rain Gutter” bagi Blok C diganti.

  • Semua komputer di pejabat GB, pejabat am, bilik PK, bilik guru dan perpustakaan dijaringkan dengan “network LAN”.

  • Jawatan kuasa Pembinaan Bangunan Baru ditubuhkan pada 23 September 2005. Pengerusi-Lau Chong See, Setiauasha-Kapitan Lau Kien Tai, Naib Setiausaha-Leong Wei Chong, Bendarhari-Yeong Wah Seng, Ahli-ahli-Wong Sek Poh, Chiong Wei Kiong, Lau Sii Hung, Kua Kim Chui dan Lu Choon Yii. Penasihat adalah Temongong Chan Pak Seng, Chan Kam Wai dan Tiong Tack Kieng.

  • Rombongan yang diketuai Lau Chong See berjaya mengutip derma lebih daripada RM22,000 di Bintulu dari 14 Disember hingga 16 Disember 2005. Rombongan ini disertai Yeong Wah Seng dan Leong Wei Chong.

  • Blok A, dan gelanggang bola keranjang diroboh serta tanah diratakan bagi ruangan bangunan baru yang bertingat 3 dan merangkumi 15 bilik darjah.

 

2006

·         Blok D sementara yang bertingkat satu dibina di belakang Blok C bagi menampung ruang-ruang di Blok B.

·         Blok B diroboh dan tanah diratakan bagi memudahkan lagi perkembangan pada masa depan.

·         Upacara Memecah tanah diadakan pada 5 Mei 2006. Menteri Muda, YB Datuk David Teng Lung Chi dijemput bagi merasmikan upacara tersebut. YB berjanji menderma sebanyak RM15,000.00 setahun bagi lima tahun. Derma belum lagi diterima.

·         Ahli Parlimen, YB Datuk Sri Law Hieng Ding juga janji menderma RM20,000.00 dalam projek pembinaan bangunan baru. Derma ini harap dapat ditunaikan pada 2007.

·         Jalan ke pagar kanan itu diperluaskan serta diratakan bagi melicinkan lalu lintas.

·         Kutipan derma daripada para ibubapa melalui Program Lawatan ke rumah masing-masing. Kutipan kira-kira RM3800.00 diterima dalam program ini.

·         Bagaimanapun ramai ibubapa mengambil initiatif sendiri dan membawa derma yang ikhlas ke sekolah.

·         Tempat letak kereta sementara dibina. JKR menbekal batu granite bagi membaiki jalan-jalan di kawasan letak kereta. Pagar sementara juga dipasang untuk menelakkan daripada icerobohi orang luar.

·         Surat permohonan pembinaan stadium bola keranjang telah dihantar ke Pejabat Daerah Sarikei oleh Encik Lu Choon Yii, Naib Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah. Harapan besar stadium ini dapat dibina pada 2007.

·         Penghawa dingin yang berkuasa tinggi dipasang di bilik APD2, manakala penghawa dingin berkuasa rendah itu dipindah ke bilik APD1 / bilik maju.

·         Bilik komputer dilengkapi dengan network LAN yang boleh mengakses ke internet. P&P dengan program Zoom-A.com dapat dilaksanakan dalam bilik komputer pada 2007.

·         Tambah sebuah komputer baru bagi pengurusan pinjaman buku perpustakaan dengan “bar code reader“.

·         Pinjaman Buku Teks 2007 juga diproses dengan menggunakan “bar code reader“.

 

2007

·         Kami menganjurkan “Acrobatic Show From China” yang dilangsungkan pada 10 dan 11 April. Kami berjaya mendapat RM22683.40 bagi projek pembinaan bungunan baru.

·         YB Tan Sri Datuk Law Hieng Ding menderma RM20,000.00

·         YB Datuk David Teng Lung Chi menderma RM10,000.00

·         Sebuah penghawa dingin yang berkuasa tinggi ditambah dalam Bilik Komputer.

·         Pada Bulan Jun, YB Tan Sri Datuk Law Hieng Ding memperuntukkan RM30,000 dari Minor Rural Project bagi menaiktaraf Jalan Su Mee.

·         Encik Pau Chiong Ung, Wakil YB Tiong King Sing melawat sekolah pada jam 2.30 petang 23 September. Beliau meninjau keadaan sekolah tentang projek pembinaan bangunan blok baru.

·         Sebuah penghawa dingin yang berkuasa lebih tinggi dipasang di bilik APD2, manakala penghawa dingin berkuasa tinggi yang lain dialih ke dinding tepi, supaya bilik ini cukup selesa semasa p&p.

·         Sebuah penghawa dingin yang berkuasa tinggi ditambah dalam Bilik Guru.

·         Blok C dicat semula pada bulan November. Perbelanjaan bagi kerja tukang ialah RM1800. Cat-cat dibekal oleh pejabat.

·         Jalan simen kecil yang berbentuk L bersama tangga disiap pada bulan Disember. Bahan-bahan binaan dibekal oleh pejabat.

·         Stadium Bola Keranjang baru yang dirancang dan dijanji oleh Pejabat Daerah Sarikei tidak berhasil.

 

2008

·         Saudara Wong Sek Poh dipilih sebagai pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah 2008 - 2009. Beliau bekerjasama dengan Saudara Lau Chong See, pengerusi JK Pembinaan Bangunan Baru bagi meneruskan usaha membina bangunan baru.

·         YB Datuk David Teng membantu mendapat peruntukan sebanyak RM100,000.00 dari Kementerian Pendidikan Malaysia. (termasuk janjian pada 2006 sebanyak RM15,000.00 setahun bagi lima tahun)

·         Dari Projek Jalan Rural, YB Datuk David Teng juga memperuntukkan RM10,000.00 bagi memperbaiki Jalan Su Mee.

·         Pada 6 Oktober, satu majlis sain kontrak di antara Faba Enterprise and Lembaga Pengurus Sekolah serta JK Pembinaan Bangunan Baru diadakan di perpustakaan sekolah. Majlis ini disaksi oleh YB Datuk David Teng dan YB Ding Kuong Hiing, ahli Parlimen.

·         Kontrak ini adalah janjian RM460,000.00 bagi pembinaan bangunan 3 tingkat 15 bilik darjah dalam tempoh 9 bulan.

·         YB Datuk David Teng dan YB Ding Kuong Hiing akan menderma RM75,000.00 setiap orang bagi menjaya projek kami.

·         Lembaga Sekolah, Pihak Sekolah dan Ibubapa berjaya bekerjasama mengelolakan ”Fund Raising Sale”  pada 8 November 2008 di sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Keuntungan bersih adalah RM30,528.00.

·         YB Datuk David Teng Lung Chii menyerahkan check yang bernilai RM75,000.00 kepada Pengerus Lembaga Sekolah pada 8 November 2008.

 

 

2009

·         Pada 8 Mei, Upacara ”Up Beam” dirasmikan oleh YB Datuk David Teng dan YB Ding Kuong Hiing.

·         Pada 8 November, Majlis Perasmian Bangunan 3 Tingkat 15 Bilik Darjah disempurnakan oleh YB Datuk David Teng dan YB Ding Kuong Hiing.

·         Tempat letak kereta baru yang boleh dimuat sebanyak 21 buah kereta dibina.

·         Pondok pegawai keselamatan yang baru dibina.

·         Pintu pagar utama yang baru dibina.

·         Gelanggang bola keranjang tanpa rangka-rangka jaringan dibina.

·         Ibubapa Michelle Wong Xiu Han (Tahun 1) menderma sebuah ”water filter”.

·         Ibubapa Valarie Wong Ming Fang (Tahun 2) menderma sebuah mesin pencetak.

·         Murid Tahun 6 dan bapa Su Li Cheng (Tahun 4) menderma sebuah mesin ”Book Binding”

 

2010

·         Saudara Lau Hieng Luk dipilih sebagai pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah sesi 2010 – 2011.

·         Rangka-rangka jaringan gelanggang bola keranjang siap.

·         Pendaftaran murid pra sekolah bagi kali pertama - sesi 2011 bagi adik-adik berumur 6 tahun dan, atau berumur 5 tahun bermula.

·         Satu kelas pra sekolah akan dibuka pada 3 Januari 2011.

·         Lebih 25 orang murid telah memohon pendaftaran. Hanya maximum seramai 25 orang akan dipilih berdasarkan umur murid dan pendapatan keluarga.

·         Guru pra sekolah disahkan adalah Puan Wong Sing Chii.

·         Pembinaan dan penyiapan bangunan pra sekolah serta kemudahan bagi negeri Sarawak sebagai projek Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) – Pakej 9 – Sub Pakej E (Betong, Saratok, Sibu & Sarikei)

·         Pakej tersebut merankumi kemudahan-kemudahan yang lengkap – meja kerusi murid dan cikgu, alat-alat dapur, taman permainan, pagar keselamatan, alat bantu mengajar dan kemudahan-kemudahan lain.

·         Upacara memecah tanah pra sekolah tersebut dirasmikan oleh YB Datuk David Teng pada 11 Oktober 2010.

·         Projek tersebut dijangka siap pada 26 Mac 2011.

·         Sementara itu, pra sekolah akan meminjam sebuah bilik darjah dari sekolah rendah, dapur dan tandas.

·         Kain-kain langsir bagi bilik-bilik dan dewan siap sebahagiannya telah dipasang.

·         ”Blind” dibuat aluminium sepanjang koridor bagi tingkat 1 dan tingkat 2 telah dipasang.

·         Ibubapa Benson Huang Huat Jun (Tahun 1) menderma batu-batu.

·         Ibubapa Su Li Chun (Tahun 4B) menderma pokok dan bunga.

·         Bilik guru dipindah ke bangunan 3 tingkat yang baru pada hujung tahun kerana tambahan bilangan guru.

·         Kelas Tahun 2, Tahun 3 dipindah ke tingkat 1 manakala kelas Tahun 4, Tahun 5A, kelas Tahun 5B serta kelas pemulihan dipindah ke tingkat 2 di bangunan 3 tingkat yang baru.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: