sjkwahman.zoom-a.com

校规

A出席

 

1。上课时间,每位学生必须出席。

2。患病或因故缺席,家长必须写信通知校方。

3。上课五分钟之前,学生必须进课室。

4。学生必须参与校方所规定的活动。

5。校方视逃学为严重犯规行为,触犯者将给予恰当的劝导或惩罚。

 B校服

1。必须穿整齐的校服上课。

2。参与校方的各种活动时,必须穿恰当的衣服。

3。上课时间必须穿校徽,白鞋和白袜。

4。进学校食堂时,必须穿整洁的衣服。

 C头发

1。男生必须留短头发,头发不可盖住耳朵。

2。女生须保持头发的整洁,若头发长过肩膀,必须把头发绑起来。

 D操行

1。必须有良好的行为,尊敬师长,互相爱护,互相帮助。

2。不允许打扰正在学习的学生。

3。在课堂内,不许吵闹。

4。喜欢吵闹和捣乱的学生,将被赶出课堂。

5。必须听从班长的话。

6。必要时,学生须协助老师。

7。不可以大欺小。

8。不可在校内打架。

9。对人应彬彬有礼。

10。必须循规蹈矩。

11。必须节省用水与电。

12。买零食时,必须列队。先到先排,不可插队。

E学习方法

1。必须尽力与专心学习,以求得良好成绩。

2。必须时常牢记学习的目的。成为有学问,有道德,以求得安逸的生活。

3。每天的功课要依时做完。

4。上课时,须备帝课本及应用文具。

F每日事物

1。值日生必须执行他们的任务。

2。必须协助校方种植花树以美化校园。

G整洁

1。必须保持学校的整洁。

2。必须用厕所大小便,

3。不可以随地吐痰。

4。必须保持自身的整洁。

5。必须把垃圾丢进垃圾桶。

6。必须保持头发的清洁,以避免头虱的滋生。

7。必须保持衣着的整洁。

H健康和安全

1。看电视时,应保持恰当的距离。

2。不可淋雨。

3。时时注意安全,应用锋利的器具时,应当有教师在旁督导。

I放学

1。不可争先恐后,不可追逐。应列队照秩序回家。

2。乘坐校车的同学,必须坐在梯级等候。等校车停止时,才可列队上车。

PERATURAN SEKOLAH

A. KEHADIRAN

1.      Semua murid mesti datang ke sekolah pada setiap hari persekolahan.

2.      Jika sakit atau ada hal yang mesti melibatkan murid dan murid itu terpaksa tidak hadir di sekolah, ibu bapanya perlu menulis surat kepada guru kelas untuk mendapatkan kebenaran untuk ketidakhadiran murid itu di sekolah

3.      Murid-murid mesti berada di dalam kelas 5 minit sebelum waktu kelas bermula.

4.      Murid-murid wajib hadir bagi semua aktiviti sekolah yang mereka terlibat.

5.      Ponteng sekolah adalah satu kesalahan yang diambil berat oleh sekolah ini dan murid yang terlibat dengan masalah itu akan diberi nasihat atau hukuman yang sewajarnya oleh Guru Besar.

B. PAKAIAN

1.      Murid-murid perlu memakai pakaian seragam sekolah yang bersih dan kemas semasa menghadiri kelas di sekolah.

2.      Murid-murid perlu memakai pakaian yang sesuai semasa mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti sekolah.

3.      Murid-murid mesti memakai tag nama, kasut dan stokin putih ke sekolah pada setiap hari persekolahan.

4.      Murid-murid mesti memakai pakaian yang kemas dan bersih semasa memasuki dewan makan sekolah.

C, RAMBUT

1.      Rambut murid lelaki mesti pendek dan tidak menutup telinga mereka.

2.      Rambut murid perempuan mesti kemas dan mesti diikat jika menutup bahu mereka.

D. KELAKUAN

1.      Murid-murid mesti berkelakuan yang baik, menghormati guru-guru, pembantu am rendah sekolah, rakan-rakan sekolah dan orang-orang lain.

2.      Murid-murid dilarang menggangu rakan-rakan mereka yang sedang belajar di dalam kelas.

3.      Apabila berada di dalam kelas, murid-murid dilarang membuat bising.

4.      Murid-murid yang gemar membuat bising dan menggangu rakan-rakan lain yang belajar di dalam kelas pada waktu lepas sekolah, dilarang memasuki kelas.

5.      Murid-murid mesti mematuhi nasihat ketua-ketua murid.

6.      Murid-murid perlu membantu guru-guru dan pembantu am rendah jika bantuan mereka diperlukan.

7.      Murid-murid yang besar dilarang menggangu murid-murld yang kecil.

8.      Murid-murid dilarang bergaduh di sekolah.

9.      Murid-murid perlu berbahasa yang sopan dengan orang-orang lain.                

10. Murid-murid perlu menjaga lingkah laku sendiri supaya tidak mencomotkan nama baik sekolah.

11. Murid-murid mesti mematuhi semua peraturan sekolah yang tertulis dan yang tidak tertulis.

12. Murid-murid dilarang membazirkan kuasa elektrik dan bekalan air paip.

13. Murid-murid mesti beratur semasa membeli di kantin sekolah.

E. CARA-CARA BELAJAR

1.      Murid-murid mesti belajar dengan sedaya upaya dan dengan bersemangatnya untuk mencapai keputusan yang baik bagi diri mereka.

2.      Murid-murid mesti ingat akan tujuan mereka berada di sekolah dan perlu belajar supaya menjadi orang-orang yang berilmu pengetahuan, berahlak mulia, berguna dan yang dapat mencapai kesejahteran hidup untuk keluarga dan diri mereka.

3.      Murid-murid mesti siapkan kerja rumah mereka pada setiap hari.

4.      Murid-murid perlu mempunyai cukup alatulis dan alat-alat bantuan belajar seperti kamus-kamus supaya dapat belajar dengan berkesannya.

F. TUGAS HARIAN

1.      Murid-murid perlu membuat kerja mengikut pengagihan tugas harian sekolah pada waktu awal pagi dan selepas waktu sekolah pada tengah hari.

2.      Murid-murid mesti bekerja untuk mencantikkan kawasan sekolah dengan menanam pokok bunga dan pokok perhiasan.

G. KEBERSIHAN

1.      Murid-murid mesti tolong menjaga kebersihan sekolah.

2.      Murid-murid mesti membuang air kecil atau air besar di dalam tandas-tandas sekolah.

3.      Murid-murid dilarang berludah di merata-rata tempat. Jika perlu murid-murid dibenarkan berludah ke dalam longkang sekolah.

4.      Murid-murid perlu sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan mereka.

5.      Murid-murid mesti membuang sampah ke dalam tong sampah.

6.      Murid-murid mesti sentiasa mengambil berat dan tindakan yang positif seperti yang diajarkan oleh Guru Besar untuk menghapuskan kutu di kepala mereka.

7.      Murid-murid perlu sentiasa menjaga kebersihan pakaian mereka.

H. KESIHATAN & KESELAMATAN

1.      Murid-murid dilarang menonton TV dari jarak yang terlalu dekat.

2.      Murid-murid dilarang bermain di luar apabila hari hujan.

3.      Murid-murid perlu menjaga keselamatan diri semasa bekerja di sekolah. Jika bekerja dengan alat-alat yang tajam perlu ada guru-guru yang mengawas mereka.

I. PERMAINAN

1.      Murid-murid mesti bermain permainan di tempat khas untuk permainan-permainan itu.

2.      Murid-murid dibenarkan bermain permainan-permainan mengikut jadual-jadual waktu yang disediakan oleh guru-guru sekolah.

J. WAKTU PULANG

1.      Murid-murid mesti beratur sebelum keluar kelas. Murid-murid dilarang berlari, tolak menolak semasa waktu pulang.

2.      Murid-murid mesti beratur semasa menaiki bas sekolah. Murid-murid dilarang naik dan turun bas sekolah sebelum ia berhenti.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: