sjkwahman.zoom-a.com

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

SJK WAH MAN SARIKEI

Foto-foto Lawatan

1.      Latar belakang / Pengenalan

Masalah semakin menjadi-jadi.  Kementerian Pendidikan memandang serius akan hal ini.  Oleh hal yang demikian, pihak kementerian menggesa pihak sekolah menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah agar dapat menanamkan sikap bencikan jenayah di sanubari kanak-kanak sejak kecil lagi.

Sehubungan dengan itu, Kelab Pencegahan Jenayah mengambil inisiatif untuk mengelolakan aktiviti lawatan sambil belajar ke balai polis Bahagian Sarikei pada 19  Oktober 2007 ( Jumaat )  jam 9.00 pagi  hingga 11.00 pagi..

 

2.      Matlamat :

a.       meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang bidang tugas pihak polis

b.      memberi kesedaran agar kesan dan akibat sekiranya terlibat dalam kegiatan jenayah

 

3.      Perancangan & Perlaksanaan

3.1    Pembentukan JK Kerja

Penasihat

: En Leong Wei Chiong

 :Guru Besar SJK Wah Man, Sarikei

Pengerusi Pengelola

 :Pn Wong Sing Chii

: Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah

Setiausaha

: Pn  Chan Lai Chan

Bendahari

: Pn Lu Mee Yien

JK Pengangkutan

: Pn Wong Mee Lang

JK Petolongan kecemasan

: Pn Susan Wong

Ahli-ahli

: En Ting Yew Sang

  Cik Jenny Low

 

 

 

3.2   
Bidang  tugas JK Kerja

a.       Pengerusi Pengelola

-         Mempengerusikan mesyuarat

-         Bersama guru merancang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan serta pengelolaan keseluruhan projek ini

b.      Setiausaha :

-         Menguruskan segala hal surat-menyurat berkaitan aktiviti ini

-         Menyediakan surat kebenaran ibu bapa untuk diedarkan

-         Menyimpan segala dokumentasi yang berkaitan dengan projek ini

c.       Bendahari :

-         Menyediakan penyata akaun bagi segala perbelanjaan yang digunakan dalam    perlaksanaan aktiviti ini

-         Mendapatkan pengauditan daripada pihak sekolah sebelum difailkan.

d.      JK Pengangkutan :

-         Menyusun atur hal pengangkutan untuk pelajar pergi dan balik dari aktiviti

-         Mendapatkan senarai nama pelajar yang terlibat serta alamat dan nombor telefon rumah para pelajar.

e.       JK Pertolongan Kecemasan

-         Menyediakan senarai nama yang mengandungi no tel para pelajar yang terlibat

-         Memastikan kotak pertolongan kecemasan dalam keadaan yang sempurna dan lengkap

 

3.3    Penyertaan

-         Penyertaan terbuka kepada semua ahli Kelab Pencegahan Jenayah SJK  Wah Man Sarikei.

-         Jumlah ahli rombongan dihadkan kepada 42 orang tanpa mengira aspek jantina , agama dan bangsa.

-         Bilangan guru pengiring yang terlibat = 5 orang

 

 

3.4    Jadual  Tindakan Perlaksanaan

TARIKH

PERKARA

CATATAN

September 2007

* Sebelum lawatan

-         Mesyuarat pembentukan JK kerja

-         Penetapan tarikh, masa serta  peraturan , aturacara aktiviti

-         Menulis surat kepada pihak polis

-         Menyediakan anggaran perbelanjaan

-         Menyediakan surat kebenaran daripada ibu bapa

-         Mengumpul kembali surat kebenaran ibu bapa daripada pelajar

-         Membuat pengumuman sekiranyaa terdapat perubahan tarikh aktiviti

semua guru

 

 

Setiausaha

Bendahari

Guru Penasihat Kelab

 

 Guru Penasihat Kelab

 

* Semasa lawatan

-         Taklimat tentang perjalanan aktiviti

-         Mengambil kehadiran

-         Lawatan ke destinasi yang dirancang

-         Membuat catatan nota

-         Bersoaljawab bersama pihak polis

-         Mengambil gambar sebagai kenangan

 

Guru Penasihat

Semua guru yang terlibat

 

·        Selepas lawatan

-         Mengambil kehadiran

-         Membuat sesi  renungan

-         Memastikan semua murid telah selamat diambil oleh ibu bapa yang terlibat

-         Menyediakan laporan

-         Menghantar dan mengaudit penyata akaun

 

Semua guru

  

Setiausaha

Bendahari

4.      Pemantauan dan Penilaian

-         Guru Besar akan memainkan peranan sebagai pemantau kepada projek ini.

-         Sesi renungan akan diadakan selepas aktiviti untuk membincangkan kesan aktiviti terhadap perkembangan kanak-kanak sekolah

-        

 

5.      Penutup  / Rumusan

Aktiviti ini diharapkan dapat memberi kesan kepada murid dan dijadikan aktiviti tahunan pada masa akan dating.

 

 

ATURCARA AKTIVITI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI POLIS SARIKEI

TARIKH : 19 OKTOBER 2007

 

MASA

PERKARA

CATATAN

8.00 pagi

- Semua murid bekumpul di sekolah

- Taklimat oleh guru Penasihat

 

9.00 pagi

- Tiba di Balai Polis

- Aktiviti lawatan

- Sesi pengambilan gambar

 

11.00 pagi

- Bersurai

 

 

 

Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa semasa menyertai aktiviti

-         Rujuk lampiran

 

Anggaran Perbelanjaan Untuk Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Polis Sarikei

  1. Aspek perbelanjaan

-         Cenderahati buah-buahan  untuk pihak polis = RM15.00

-         Pengangkutan - tiada

  1. Aspek peruntukan

- tidak perlu

 

DISEDIAKAN OLEH

 

WONG SING CHII

GURU PENASIHAT

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

SJK WAH MAN SARIKEI

2007

SURAT KEPADA BALAI POLIS

Kepada : Ketua Polis Bahagian

               Jabatan Polis Bahagian

               96100 Sarikei

 

Salinan dan Melalui : Guru Besar

                                   SJK Wah Man

                                   96100  Sarikei

 

Tuan,

 

Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Polis Sarikei

 

Dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menarik perhatian pihak tuan berkenaan perkara di atas.

 

2.      Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Pencegah Jenayah sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke balai polis pada tarikh , masa dan hari seperti berikut :

              Tarikh  : 19 Oktober  2007

              Masa   : 9.00 pagi

              Hari     : Hari Jumaat

 

3.      Tujuan mengadakan lawatan sambil belajar adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang pengetahuan dan pemahaman tentang bidang tugas anggota polis serta maklumat-maklumat lain yang bekaitan.  Selain itu, pihak  kami juga  berharap pihak tuan dapat  berkongsi  pengetahuan tentang hal-hal berkaitan dengan jenayah agar murid-murid tidak akan mengikuti jejak langkah para penjenayah.   Untuk pengetahuan  pihak tuan,  rombongan kami seramai 45 orang murid Tahun 6 dan diiringi oleh 5 orang guru . 

 

4.      Sokongan, pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat kami harapkan dan hargai.  Sekiranya terdapat kemusykilan, kami berharap pihak tuan tidak keberatan untuk memaklumkan kepada kami.  Sebelum mengakhiri, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

 

Yang benar,

 

_________________

WONG SING CHII

GURU PENASIHAT

KELAB PENCEGAHAN  JENAYAH

SJK WAH MAN SARIKEI

SURAT KEPADA PEGAWAI PELAJARAN GABUNGAN SARIKEI

Kepada : Pegawai Pelajaran Gabungan Sarikei

               Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei

               96100 Sarikei

 

Salinan dan Melalui : Guru Besar

                                   SJK Wah Man

                                   96100  Sarikei

 

Tuan,

 

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Polis Sarikei

 

Dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menarik perhatian pihak tuan berkenaan perkara di atas.

 

2.      Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Pencegah Jenayah sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke balai polis pada tarikh , masa dan hari seperti berikut :

              Tarikh  : 19 Oktober  2007

              Masa   : 9.00 pagi

              Hari     : Hari Jumaat

 

3.      Tujuan mengadakan lawatan sambil belajar adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang pengetahuan dan pemahaman tentang bidang tugas anggota polis serta maklumat-maklumat lain yang bekaitan.  Selain itu, pihak  kami juga  berharap pihak polis  dapat  berkongsi  pengetahuan tentang hal-hal berkaitan dengan jenayah agar murid-murid tidak akan mengikuti jejak langkah para penjenayah.   Untuk pengetahuan  pihak tuan,  rombongan kami seramai 42 orang murid Tahun 6 dan diiringi oleh 5 orang guru . 

 

4.      Sokongan, pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat kami harapkan dan hargai.  Sekiranya terdapat kemusykilan, kami berharap pihak tuan tidak keberatan untuk memaklumkan kepada kami.  Sebelum mengakhiri, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

 

Yang benar,

 

_________________

WONG SING CHII

GURU PENASIHAT

KELAB PENCEGAHAN  JENAYAH

SJK WAH MAN SARIKEI


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: