sjkwahman.zoom-a.com

Aku seekor kucing

 

Aku seekor kucing. Nama aku Si Putih. Aku mempunyai bulu yang putih. Oleh sebab itu, aku dinamakan Si Putih. Aku mempunyai ekor yang panjang.

 

Aku dipamerkan di sebuah kedai haiwan oleh tauke haiwan. Aku berkenalan dengan dengan kucing yang lain. Setiap pagi dan petang, aku diberi nasi dan ikan.

 

Pada suatu hari, seorang wanita pergi ke kedai haiwan untuk membeli kucing untuk anak perempuannya. Wanita itu pun memilih aku. Aku dijual dengan harga yang tinggi oleh tauke haiwan. Kawan ku berasa cemburu kerana aku telah dibeli oleh pelanggan.

 

Setibanya di rumah, wanita itu pun menghadiahkan aku kepada anak perempuannya. Anak perempuannya berasa sangat gembira. Tuan baru aku bernama Siti.

 

Tuan aku sangat menyayangi aku. Dia menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Tuan aku memberi aku makan nasi dan ikan. Tuan aku memberi aku minum susu.

 

Setiap petang, tuan aku memandikan aku. Kadang-kala, tuan aku juga akan membawa aku makan angin di taman. Pada masa lapang, tuan aku akan bermain dengan aku.

 

Pada suatu hari, tuan aku telah menyertai pertandingan kecantikan kucing. Tuan aku telah membawa aku menyertai pertandingan itu. Aku ialah kucing yang paling cantik dan comel dalam pertandingan itu. Aku mendapat tempat pertama. Tuan aku berasa sangat gembira dengan keputusan itu. Kasih sayang tuan aku semakin bertambah dari hari ke hari.

 

Aku berasa sangat bahagia kerana dijaga dengan baik dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

 

Tan Shiew Shan

Tahun 5


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: