|
||||||||||
Aku seekor kucing
Aku seekor kucing. Aku bernama Tompok. Aku berwarna hitam. Aku seekor kucing yang bijak. Aku tinggal di rumah tuan aku yang bernama Mahmud.
Mahmud ialah tuan yang baik hati. Dia selalu menjaga aku dengan baik. Setiap hari, dia mandikan aku dengan air bersih. Kadang-kala, dia membawa aku ke taman untuk bermain. Dia juga memberikan aku makanan kegemaran aku iaitu ikan dan nasi.
Apabila dia pergi kerja, dia menyuruh aku tinggal di rumah. Dia pulang ke rumah pada pukul
Aku juga mempunyai kawan. Aku berkawan dengan seekor kucing yang bernama Si Belang. Si Belang ialah kawan paling rapat aku. Kami selalu berjalan di taman yang berdekatan. Pada suatu hari, sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba ada seekor anjing yang ganas muncul di hadapan kami. Kami terus berlari dengan cepat. Nasib baik kami dapat melepaskan diri kami daripada cengkaman anjing yang ganas lagi hodoh itu. Kami berasa lega kerana terselamat..Kadang kadang, kami selalu menangkap tikus yang terdapat di dalam rumah tuanku.
Pada suatu hari, tuanku membeli seekor arnab yang comel sekali. Mulai hari itu, aku berasa sedih, aku menjadi kucing yang terbiar. Tuanku tidak mempedulikan aku lagi. Sekarang aku melepak bersama-sama kucing terbiar yang lain. Namun aku tidakberputus asa, aku harap ada manusia yang baik hati akan membela aku.
Hazaz Tahun 5
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |