sjkwahman.zoom-a.com

 Aku Seekor Kucing

Aku ialah seekor kucing.Badan aku berwanar putih. Aku tidak ada tuan. Oleh itu,aku mancari makanan sendiri.

 
            Aku berasa susah menghadapi kehidupan ini. Apabila hujan,aku akan berlindung di dalam tong sampah. Aku juga dikejar oleh anjing dan kucing yang suka bergaduh dengan aku.
 
            Kebanyakan  orang tidak suka akan aku, tetapi ada beberapa  orang akan memberi makanan kepada aku. Orang yang benci aku akan menyepak aku kerana badan aku sangat kotor dan busuk.
 
            Pada suatu hari, aku pergi ke taman untuk bermain di situ. Tiba-tiba,aku ternampak ada seorang budak perumpuan dan emaknya bersiar-siar di situ.Budak perempuam itu sedang bermain bola.
 
            Tiba-tiba, bola itu terbaling ke arah longkang. Aku pun segera pergi manghalang bola itu supaya  tidak akan jatuh ke dalam longkang.
 
            Apabila budak perempuan itu ternampak perbuatan aku, dia  berasa gembira dan  hendak membela aku. Budak perempuan itu meminta izin daripada emaknya untuk membela aku.
   
            Dengan hati terbuka  emaknya pun membawa aku pulang ke rumah. Budak perempuan itu berjanji kepada emaknya bahawa dia akan menyanyangi aku dan selalu memandikan aku supaya badan aku bersih.
 

Apabila tiba di rumah tuanku, tuanku segera mencuci badan aku. Selepas itu, dia juga memberi aku.makan. Makanan yang diberi oleh tuanku kepada aku sangat sedap.

 

Tuanku juga selalu bermain dengan aku. Aku sangat suka bermain tuanku. Sejak hari itu, aku tidak dikejar oleh anjing atau bergaduh dengan kucing yang lain lagi.

 

Aku berasa gembira kerana tidak perlu menghadapi kehidupan itu lagi dan bersyukur mempunyai tuan yang baik hati. Sebagai balasan, aku akan menangkap tikus yang terdapat di rumah tuanku.

 

Chuo Sing Ann

Tahun 6 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: