sjkwahman.zoom-a.com

Kursus Dalaman ICT

 

Kursus Dalam ICT tersebut diadakan pada 7 Mac 2009 di bilik komputer SJK Wah Man. Kursus tersebut dikelolakan oleh Unit Perkembangan Staf.

Slot-slot kursus tersebut merangkumi a) e-mail b) e-payment c) EduWebTV.

 

Seramai 11 orang guru menyertai kursus tersebut. Guru Komputer sekolah, Encik Tie Sing Lee dijemput mengajar kami.

Beliau berusaha mengajar guru kami cara-cara mendaftar akaun e-mail dan cara-cara menggunakan akaun tersebut seperti mengirim surat, menerima surat, melampirkan fail-fail dan sebagainya.

Beliau juga mengajar kami cara-cara membayar bil-bil seperti bil SESCO, bil Telekom, bil Astro, bil telefon mobil dan sebagainya dalam laman web MayBank.

Beliau juga meluangkan masa membantu Puan Lu Mee Yan  menerangkan konsep EduWebTV. Semua cikgu yang menghadiri kursus tersebut berjaya mendaftar akaun guru di laman web KPM tersebut. Selepas ditunjuk-ajar oleh cikgu komputer, semua cikgu boleh memilih video-video yang relevan bagi anak murid masing-masing kemudian paparkan di senarai akaun murid. Dengan ada akaun murid, murid-murid kita akan dapat membuka video-video yang cikgu pilih.

Kami berterima-kasih kepada Encik Tie Sing Lee atas pengajaran yang cemerlang.

set foto 1  |  set foto 2  |  set foto 3  |

 

 

 

 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: