sjkwahman.zoom-a.com
SJK (C) WAH MAN
JALAN SU MEE, SARIKEI, SARAWAK.  Tel/Faks  : 084-657579
e-mel : sjkwahman@yahoo.com

 

"Kem 1 Malaysia" Murid Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sarikei 2009

 

Pejabat Pelajaran Daerah  Sarikei mengelolakan kem tersebut dari 16 Ogos hingga 19 Ogos 2009 di Pusat Kokurikulum Daerah, SMK Sg. Paoh, Sarikei. Kem selama 4 hari 3 malam disertai oleh kira-kira 300 orang murid tahun 4 dan tahun 5 dari seluruh sekolah rendah Daerah Sarikei. 9 orang murid perempuan tahun 4 dan tahun 5 dari sekolah kami menyertai kem tersebut.

 

Mereka adalah Lee Khai Ling, Irene Chan Wei Ngi, Ngu Sze Ying, Lau Yee Lang, Ling Leh Kiong, Miki Lim Hui Sze dari tahun 5, dan Connie Tiong Ko Ni, Hoh Fong Jiao, Ling Lee Kiong dari tahun 4.

 

Matlamat program adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik supaya boleh berkongsi dan bekerjasama dalam semua aspek kehidupan serta mempunyai semangat kecintaan dan kepunyaan tehadap negara Malaysia.

 

Aktiviti seperti permainan rakyat, kebudayaan / tarian etnik, masakan pelbagai etnik, permainan koperatif dan sukakn rakyat dijalankan untuk meningkatkan perpaduan, persefahaman, kerjasama di antara satu sama lain.

 

Cuaca pada empat-empat hari itu tidak beberapa baik. Hujan banyak, oleh itu banyak aktiviti terpaksa ditangguhkan. Namun murid-murid tetap berasa soronok dalam aktiviti berbilang kaum tersebut.

 

GALERI


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: