sjkwahman.zoom-a.com
SJK (C) WAH MAN
JALAN SU MEE, SARIKEI, SARAWAK.  Tel/Faks  : 084-657579
e-mel : sjkwahman@yahoo.com

Lawatan Sambil Belajar Ke YMCA, Sibu

 

 

            Tanggal  14 Oktober 2009 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh murid-murid Tahun Enam. Pada tarikh tersebut murid-murid dibawa melawat ke Taman Rekreasi YMCA , Sibu.

            Tepat jam 7:00 pagi seperti yang dirancang semua ahli rombongan telah bersedia untuk berangkat ke Sibu. Perjalanan dari Terminal Bas, Sarikei ke Taman  Rekreasi YMCA, Sibu mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit.

            Setibanya rombongan ini ke YMCA, murid-murid tidak sabar-sabar lagi memulakan aktiviti seperti permainan sukaneka, BBQ dan mandi-manda. Aktiviti-aktiviti seumpama ini banyak memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar bekerjasama bertolak ansur dan bertanggungjawab.

            Sikap mencintai alam semulajadi yang begitu indah di Taman ini sedikit sebanyak mampu diperkukuhkan lagi. Kesejukan dan kejernihan air sungai di sini menjadikan murid-murid tidak mahu meninggalkan tempat tersebut.

            Setelah selesai semua aktiviti, tepat jam 1.30 petang dengan langkah yang berat semua ahli rombongan meninggalkan tempat ini.

            Sebelum bertolak pulang, murid-muriod dibawa ke Pusat Membeli-belah Sing Kwong, Sibu dan Superbowl, Sibu. Sekali lagi, murid-murid terasa amat berat meninggalkan tempat ini kerana terlalu seronok bermain bowling bersama rakan-rakan lebih-lebih lagi  inilah pengalaman pertama mereka. Semua ahli rombongan selamat kembali dari lawatan kira-kira pukul 5.30 petang.

GALERI


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: