|
||||||||||
Aktiviti-Aktiviti ditandingkan adalah berikut: 1. Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Wakil: Tan Shiew Shang Keputusan: Tiada 2. Kuiz Bahasa Melayu Wakil: Nelson Wong Li Sheng, Nelly Koh Su Lan, Wong Yu Wen, Loh Kai Jiun, Annie Liong Kai Ni Keputusan: Tiada 3. Pertandingan Bercerita Wakil: David Ong Li Wan Keputusan: Tiada Gaya David Ong semasa menjalankan latihan di bawah bimbingan Cik Jenny Low David Ong akan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita yang akan diadakan di SK Agama pada 22 Mei 2007 jam 8.00 pagi. Cerita yang akan dicerita oleh David Ong Lee Wan Permintaan Yang Aneh Tolong menolong adalah amalan yang mulia. Tolonglah orang yang di dalam kesusahan dengan hati yang ikhlas tanpa mengira bangsa mahupun darjat. Begitulah tema cerita saya pada pagi ini.
Terima kasih Pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada panel hakim yang arif lagi bijak sana, guru-guru dan rakan-rakan serta hadiran yang dihormati. Tajuk cerita saya pada pagi ini ialah “ Permintaan Yang Aneh.” “ Permintaan Yang Aneh.”
Pada zaman dahulu, negeri Melaka diperintah oleh seorang raja yang berjiwa rakyat. Baginda amat dihormati oleh rakyat jelata. Namun, baginda mempunyai sikap yang agak aneh..Apabila baginda berasa bosan, baginda akan menyamar sebagai pengembara, peminta sedekah atau orang gila.
Pada suatu hari, baginda berasa bosan, baginda menyamar sebagai seorang peminta sedekah di sebuah kota. Baginda pun meminta sedekah. Orang ramai yang lalu di situ hanya mengerutkan muka dan pergi tanpa menderma apa-apapun. Tidak seorangpun tahu bahawa peminta sedekah itu adalah seorang raja.
Kemudian datanglah Ram, seorang kaya yang selalu menderma kepada orang miskin. Raja yang menyamar itu meminta sedekah daripada Ram. Ram menengking peminta sedekah itu. “Cis! Pergi dari situ! Hamba hanya menderma wang dengan kehadiran raja!”
Bagindapun balik ke istana dengan senyap-senyap. Pada keesokan hari Ram diperintah untuk mengadap raja. Bagindapun menanya Ram samaada dia seorang yang murah hati. Ram memberitahu raja bahawa semua orang mengetahuinya. Ram menafikan apabila mendengar kata raja bahawa dia tidak mahu menderma kepada peminta sedekah semalam. Akhirnya, Ram menderma rumahnya yang besar untuk dijadikan bangunan sekolah untuk membuktikan dia seorang yang murah hati.
Beberap hari kemudian, bagindapun menyamar sebagai pengembara. Baginda ingin tahu sama ada rakyat baginda prihatin terhadap orang dalam kesusahan. Bagindapun pergi ke tengah kota menyamar sebagai pengembara. Baginda ternampak seketul batu yang besar lalu menyepak batu itu. Batu itu menimpa kaki baginda. Baginda menjerit kesakitan, “Aduh, Aduh, sakitnya kaki hamba!”
Orang ramai melihat kejadian itu tetapi tidak mahu menolong. Baginda berasa kecewa dengan sikap rakyat baginda. Kemudian datang seorang pemotong kayu. Dia membawa baginda ke pondoknya lalu merawat baginda. Pemotong kayu itu tidak tahu bahawa pengembara itu adalah seorang raja.
Pengembara itu menanya pemotong kayu sebabnya tinggal di pondok yang begitu usang. Pemotong hanya berdiam diri. Pengembara itu memberitahu mungkin dia dapat membantunya. Pemotong kayu lalu menanya, “Bagaimanakah tuan hamba dapat membantu hamba? Sedangkan tuan hamba semiskin hamba! Baiklah , jika boleh hamba ingin menjadi raja supaya dikenali orang ramai.”
Pengembara itu terkejut mendengar permintaan yang aneh itu. “Jika tuan hamba hendak menjadi terkenal, tuan hamba tak perlu menjadi raja. Hamba boleh jadikan tuan hamba terkenal.” jawab pengembara itu.
Pengembara menyuruh pemotong kayu menunggunya di pondok yang usang itu. Pengembara pun balik ke istana, kemudian pergi ke pondok dengan berpakaian di raja dan diiringi oleh menteri-menteri dan pengawal-pengawal raja.
Pemotong kayu terkejut melihat raja muncul di hadapan pondoknya! “Ampun tuanku, a…a….apakah kesalahan hamba?” tanya pemotong kayu.
“Betalah, orang yang tuan hamba tolong tadi,” kata baginda.
Baginda membawa pemotong kayu ke tengah kota dan mengumumkan kepada rakyat jelata bahawa pemotong kayu itu telah membantu baginda semasa baginda dalam kesusahan. Sesiapa yang melihat pemotong kayu itu, haruslah tunduk kepala sebagai tanda hormat.
Mulai hari itu , pemotong kayu itu menjadi terkenal dan juga menjadi salah seorang yang terkaya di negeri itu.
Hadirin yang dihormati, sebelum mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun ini untuk renungan kita bersama.
Daun pandan jauh di gua, Gunung Daik bercabang tiga Buat baik kepada semua, Tanpa mengira siapa mereka.
Sekian, terima kasih. 3. Kuiz Pemahaman Wakil Sekolah: Nelson Wong Li Sheng, Nelly Koh Su Lan, Wong Yu Wen, Loh Kai Jiun, Annie Liong Kai ni Kedudukan: tiada
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |